Thursday, December 24, 2009

SEDANG BERTAPA MENCARI KETENANGAN!


"Blog tergendala" aku sedang bertapa di Masjid lama Tok Machap, Melaka. Sedang mengenal diri...nanti akan di update lagi.

Tuesday, December 15, 2009

PUISI UNTUK HAWA



Puisi Untuk Hawa

Hai Hawa
Kenapalah engkau suka sangat bercerita,
Sampai terbawa bawa ke surau
Hingga aku di sebelah sini,
Tidak khusyuk untuk mengadap-NYA

Hai Hawa
Stop talking about DUNIA,
Starting thinking about AKHIRAT.
Shhhhhhh!!!
Ini bukan sebuah diskriminasi


p/s Gambar tiada kaitan dengan entri

Monday, December 14, 2009

DA VINCI seorang genius?


Monalisa, Oh awek gelapku..!


Melihat pameran Da Vinci The Genius, di Pusat Sains Negara, Mont Kiara satu keistimewaan untuk aku dan isteri, dapat melihat ciptaan dan lukisan Leornardo Da Vinci sebab dari U dulu aku nak kumpul duit nak pergi Louvre Museum,Paris tapi nampaknya xleh pg la ..ni gara gara PTPTN la ni...Dari pameran ni aku dapat mengetahui sejarahnya, keupayaannya, kebijaksanaannya.

Sebenarnya aku nak tengok replika Monalisa je, dan mengetahui rahsia nya...nak tahu rahsia...p tengok sendiri.

Sunday, December 13, 2009

BERTEMU DENGAN PROFESOR FIZIK KERAJAAN MALAYSIA

Abdul Halim Bustaman, Profesor Fizik Kerajaan Malaysia - Otak Kanan Melayu Hebat

Hari ini aku pergi pasar karat, seks 13, shah Alam. aku bertemu dengan Profesor Fizik Kerajaan Malaysia

Ini Bukan Kerja Gila!
Mengajar matematik di jalanan di bawah terik matahari dengan gabungan kaedah pemikiran Islam dan ilmu matematik Barat serta kajiannya mengenai otak kanan yang dikenali sebagai " brain-based". Bekas guru Maktab Perguruan Pulau - Pinang bukanlah sebarang orang. Selain mengajar matematik di jalanan dan di pandang enteng bagi sesetengah masyarakat,namun beliau anggap ia sebagai sedekah(petikan mastika). Susah nak jumpa orang sebegini..Kalau terjumpa, dengarlah dahulu..baru anda tahu fikirannya.

Saturday, December 12, 2009



Mimpi - Robot Asmara
Ise dan Perez pembuat videoclip yang kreatif ni! layan

HIDUP MATI MUSIK!!


Saat cemerlang tatkala dahulu bersama rakan Ybs

Rindu nya nak jumpa kawan kawan lama, nak jamming, lepak minum teh tarik , bersembang pasal musik sampai pagi..mmm namun semua dah pergi, pergi dan tidak akan KEMBALI..

Thursday, December 10, 2009

AMARAN! UNTUK BUJANG LAPOK DI SELANGOR


Ah Ha, cepat cepat kalau bujang -bujang di Selangor nak naik pelamin(seperti di atas), cepat mas kahwin dah di naikkan 200% dari RM 80 dahulu, sekarang dah minima rm 300. So rancang cepat! Nasib dah lepas ( huh, lega!)

Wednesday, December 09, 2009

PELIHARA DAN PULIHARA?


Memelihara dan memulihara khazanah bangsa dan negara, sangat berisiko namun telah AKU JANJI untuk-NYA bagi menjaga AMANAH yang diberi. Itulah kerjaya aku sehingga pencen dan sampai hujung nyawa. Insya-ALLAH

Sunday, December 06, 2009

TAKKAN "MALAY" HILANG DI DUNIA?


Siapa bilang " Takkan Melayu Hilang Di Dunia?", siapa kaki filem yang sudah tonton filem 2012 akan tahu jawapannya. Semua hero kat dunia ni kulit putih ? propaganda sungguh!!

imej: petikan dari filem Hang Tuah.

Friday, December 04, 2009

KALAU DAH KAKI PAU, MEMANGLAH


Erm kalau dah KAKI PAU macam ni lah...
pau semalam xhabis, jual balik..aku pun beli dengan harga rm1.50 Mungkin ini dinamakan PENIAGA RECYCLE..Hebat lah lu makcik cafe!!

Pau keras macam batu, Sejuk gedi, inti dah beku..salah aku jugak tak tengok dulu kondisi nya..main beli je..tapi orang cakap " CUSTOMER ALWAYS RIGHT"

Wednesday, December 02, 2009

POM PANG POM PANG!! OH RADIO



Radio buruk.

kadang kadang aku lihat orang sebuk POM PANG POM PANG dalam blog, tapi kat luar takde apa apa pun yang BERTUKAR hanya sebuah nilai individu intrinsik yang lebih lega kerana rasa berat dimuntahkan keluar dari kesendatan otak yang tepu...

Orang besar baik dan buruk sempat lagi minum teh tarik bersama, kita kat bawah ni nganga!!

Biarkan je lah Labu dengan Labinya, Luncai dengan terjunannya...Mat jenin dengan angan nya.

(imej copy from blog http://oneforthree.blogspot.com/ )

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA QURBAN



Selamat hari raya Qurban......

Sunday, November 22, 2009

TOL & JOGET LAMBAK


Pihak pengantin lelaki kena bayar tol....ini angkara sami vilu lah ni!

Makcik - makcik kedaratan sedang berjoget lambak, x sanggup nak nengok!! hehe

Pengantin lelaki tengah gabra, time tu lah nak jawab pantun, dia pikir nak masuk je...haha

Semalam aku dan isteri ke Bandar Penawar,Kota Tinggi, Johor..tengok kawan kahwen...

Macam - macam adat dan budaya masih di amalkan di daerah ni, siap cium telur lah, calit inai kat tapak tangan lah, bayar tol lah, joget lambak lah...

bagus jugak, lain tempat lain budaya..ye tak? tapi kalau aku kahwen dulu banyak sangat tol, mati dowh! hahaan

Tuesday, November 17, 2009

SEMUGA CEPAT SEMBUH ... AMIRUL FAKIR


Sumbangan untuk TAF

Selamat Datang Ipoh Malii.

Jualan Bundle oleh Adore Clothings..


Sabtu lepas,ke ipoh, ke Ykp untuk mengeTAFkan diri bagi program amal TABUNG AMIRUL FAKIR, seorang seniman muda yang bergelumang dengan dunia penulisan. Namun, sudah hampir setahun, Amirul tidak dapat berkarya kerana mengidapi penyakit misteri.Di atas jemputan K.anem, orang kuat TAF. aku dan segerombolan rakan sekerja turun padang, dengan seberapa upaya untuk membantu program TAF ini...

Berita terkini dari laman " BUKUMUKA" email dari Kamal Sabran;

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua seniman, peserta, krew, sukarelawan, penaja, para dermawan,groupies, press dan hadirin yang menjayakan TAF. Syukur Alhamdulillah!

HIMPUNAN SETAKAT INI:
Himpunan TAF sewaktu majlis adalah sebanyak RM 1773. Sumbangan melalui silent auction helmet TAF sebanyak RM 1500. Jumlah di tangan sebanyak RM 3,273.00. Sedang menanti beberapa pledge.

Terima kasih pada yang menyumbang samaada secara langsung mahupun tidak.
- Haneem & Kamal


Semuga bantuan yang diberi dapat ringan kan beban keluarga Amirul dan di samping dapat di gunakan untuk rawatan penyakitnya. Dan diiringi dengan doa daripada rakan taulan .......

Amirul lekas sembuh.....!! Amin

Wednesday, November 04, 2009

DAZED IN MAZES





Mari p tengok pameran seni 4 orang anak muda ini, hebat mengkagumkan...teruskan.!

DAZED IN MAZES
VALENTINE WILLIE FINE ART
JALAN TELAWI 3, BANGSAR
4 - 21 NOV 2009

TABUNG AMIRUL FAKIR



TAF mari pergi bawak duit banyak sikit...bantu yang memerlu...

Program: TAF PROJECT
Tarikh: 14 November 2009 (Sabtu)
Masa: 3.00 petang – 10.30 malam
Tempat: Rumah YKP, Ipoh

Monday, November 02, 2009

TAF PROJECT - MARI SAMA - SAMA



Sdr/sdri sekalian

Nurhanim Khairuddin dan Kamal Sabran sedang merancang sebuah acara santai seni TAF
Sabtu, 14 November 2009, Rumah YKP
3.00 – 6.00 petang

Kami akan membuat jualan ‘bundle’ (buku, pakaian, segala macam item) di samping memutar beberapa filem pendek / seni video dan bertemu dengan khalayak yang ingin berbicara dan berinteraksi dengan kami mengenai seni atau apa saja.

8.30 -10.30 malam
Pada malamnya saudara Meor Yusuf Azidin aka Meor Folk diundang khas untuk sesi promosi buku beliau ‘Sembang Tepi Jalan’ dan mungkin berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup beliau sebagai pemuzik jalanan. Beliau seterusnya akan melancarkan Tabung Amirul Fakir (TAF). Acara persembahan dan bacaan puisi akan turut dijalankan untuk mengumpul dana bagi tabung tersebut.

*TAF merupakan inisiatif para seniman khususnya teman-teman kepada Amirul Fakir, seorang penyair/penulis tempatan yang sedang membina nama sejak tiga tahun kebelakangan ini. Setelah pelancaran antologi cerpen sulungnya yang bertajuk MEA CULPA pada April 2008, beliau ditimpa penyakit yang tidak dapat dikesan puncanya. Sudah lebih satu setengah tahun beliau tidak dapat bergiat dan mencari rezeki.

Justeru itu, sebagai sebuah komuniti seni yang prihatin, TAF ini dilancarkan untuk menghimpun wang bagi membantu mengurangkan beban kos perubatan dan sarahidup Amirul Fakir. Semoga usaha kita sedikit sebanyak turut memberi semangat kepada beliau untuk tidak terus menyerah kalah.

Saya memohon bantuan rakan-rakan untuk menjayakan acara ini seadanya. Bantuan dari segi kewangan, sumbangan persembahan, pinjaman PA system, projektor, kudapan, desain flyer dan promosi dan apa-apa yang difikirkan perlu amatlah dialu-alukan.
Semoga Tuhan memberkati. InsyaAllah.

copy dari blog Kamal Sabran...(hehe kamal aku tumpang promot ek)

Thursday, October 29, 2009

MELIHAT SUB-BUDAYA DI DATARAN BUDAYA KUALA LUMPUR



Breakdance...memang mengujakan pelawat yang hadir...

Sabtu lepas aku ke dataran budaya Kuala Lumpur bertempat di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Namanya Laman Budaya,memang menarik.. yang mungkin dilihat satu representasi budaya kita kepada pelancung asing atau rakyat kita sendiri..malah pelbagai gerai gerai yang berunsurkan penerangan, multimedia, seni mengambil tempat dari petang hingga ke malam..

Pengunjung yang datang juga pelbagai bangsa dan peringkat umur..tapi aku agak konfius bila budaya yang dipamerkan bukan lah budaya kita tapi sub-budaya luar yang dipinjam dan di adaptasikan dalam budaya kita..contohnya Break Dance dan Raggae..dalam hati aku tersenyum..inikah dataran budaya?yang memaparkan segala budaya.. mari berkongsi pendapat ...

Sunday, October 18, 2009

1988 - 2009 ZOO NEGARA






Semalam aku ke zoo (bersama isteri dan adik adik) yang hampir 20 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke sana, terakhir aku datang rombongan sekolah tadika. ingat lagi mak aku siap buat bekal, nasi bersama ayam goreng sebab tak mampu nak bagi duit poket.

Hari itu, aku naik bas sekolah pergi ke Kuala Lumpur, time tu dapat pegi K.l memang dah besh,,diantara tempat yang di lawati adalah ZOO NEGARA. Namun imajan zoo 20 tahun dulu dah semakin kabur, mana mampu nak beli kemera kodak, yang hanya ada memori di kepala..Oh Nostalgia beb tengok gajah, buaya dan badak sumbu...sambil cikgu suruh jalan berpegangan tangan takut tesesat...haha

Monday, October 05, 2009

aku gila ANDY WARHOL



Bio Ringkas

Andrew Warhola (August 6, 1928 – February 22, 1987) lebih dikenali sebagai ANDY WARHOL, seorang pelukis aliran POP ART yang terkenal di Amerika, seorang pencetak,seorang pembuat filem. Beliau menjadi icon Pop kerana terlibat dengan pelbagai aktiviti seni antaranya lukisan, cetakan, filem -filem avant garde,icon fesyen, illustrator yang hebat serta pemilik Factory.

Aku gila Andy...

Sejak belajar seni lukis, siapa tak kenal Andy Warhol kira buta sejarah senilah? tapi sejak aku kenal dunia Bundle, aku mulai memenuhkan almari baju aku dengan kolelsi t-shirt ANDY WARHOL keluaran UNIQLO dan ANDY WARHOL FOUNDATION..

dan mana tak lari ANDY WARHOL dengan POPULAR ART ..apa -apa yang sentiasa dilihat, dipakai, digunakan.....dan imej - imej itu di cetak...dan aku pula memakainya sebagai satu trend sekarang, bagi menghadiri majlis majlis pembukaan pameran, bersiar -siar di bandar sambil membawa karya - karya ANDY WARHOL kemana -mana menerusi t-shirt rare ini...



My rare collections t-shirt ANDY WARHOL..by UNIQLO and ANDY WARHOL FOUNDATIONS

Diantara Koleksi ANDY WARHOL aku..aku dah habiskan hampir RM 1500 untuk semua baju diatas...kalau isteri aku tau...mampus..haha

Monday, September 28, 2009

TERIMA KASIH DOKTOR



Lepas raya ni, ramai betul pakcik makcik pergi jumpa doktor, samaada doktor pakar ke doktor klinik ke ini semua dek kerana pukulan lemang, ketupat, rendang dan macam - macam kueh yang berwarna warni yang di penuhi kandungan gula, kolestrol, garam yang tinggi. Nak buat macamana dah memang masakan Melayu sebegitu..terima lah..terima kasih doktor - doktor Malaysia yang berkerja pada hari raya lalu.

ha ANDA bagaimana? p check doktor pi, baca blog ni buat pa lagi, p p ........:P

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfiti Untuk Semua Bloggers


Selamat Hari Raya di Kuala Lumpur

Thursday, September 10, 2009

8 TAHUN SELEPAS 11 SEPTEMBER 2001, APA ADANYA?



Selepas 11 September 2001, umat Islam sering di kecam sebagai teroris dan pengganas. Dan di seluruh dunia Umat Islam cuba membuktikan mereka bukan teroris, adakah usaha KITA ini berhasil? semuga kedatangan Ramadhan ini, kita teruskan beramal, usaha , doa dan bertawakal kepada ALLAH s.w.t untuk membersihkan panji - panji ISLAM.....Allahuakbar!

Monday, September 07, 2009

NAMA DIA LOQMAN, IYE DIA LOQMAN!!

Semalam, macam biasa rutin pagi ahad, aku ke Shah Alam menyelam bundle bundle sambil berjumpa suplier. Balik tu, aku singgah sebentar kat Bundle tepi highway Puchong kalau ikut Hicom sebelah kiri sebelum tol..

Masa aku datang, aku terus membelek - belek jutaan baju bundle. Tatkala itu datang 3 orang budak lelaki berpakaian jubah putih sambil berketayap. Tanggapan aku mereka mungkin bersekolah agama atau pondok.

Setelah sesi menukar barangan yang di beli tidak di endah oleh pekedai, mereka pun pulang..tetiba pekedai tu menahan 2 budak lelaki yang umur mereka , aku badget lebih kurang 9 ke 10 tahun.

Pekedai tu tanya: ini apa ?(sambil menunjukkan snowcap berwarna hitam) kamu mencuri ini ye

Salah seorang budak lelaki itu cakap: Saya minta maaf pakcik.

Pekedai : siapa nama kamu ?

Budak lelaki: Loqman

Pekedai: Jangan minta maaf di sini, nanti saya akan pergi ke sekolah, minta maaf di sana

Betul nama dia Lokman? tanya pekedai kepada Budak lelaki ke - 2

Budak lelaki ke 2: Ye nama dia Loqman

Terus pekedai itu bercakap" Tengok Pakai Songkok saja Tapi Mencuri (sambil mukanya melihat aku yang tercegat di situ)......

masih tergiang - ngiang ucapan terakhir pekedai tu......aku terus memikirkan luaran tak menunjukkan dalaman mat saleh cakap " don't judge a book by it's cover"

tapi apa lah sangat setakat snowcap berharga RM 5 untuk seorang budak, mungkin dia benar - benar mahu memiliki snowcap itu tapi tak de duit dan tindakan mencuri itu tidak menghalalkan cara, dan pakcik tu pun cuba lah nasihat dan bersedekah..pahala bulan ramadhan ni..dan aku mungkin dapat sesuatu daripada peristiwa itu..

Sunday, August 30, 2009

Kesah Rambutan di Ramadhan



Kesah Rambutan di Ramadhan, terkenang sebuah kebun rambutan milik seorang imam masjid, ustaz Zabidi namanya, kebunnya betul betul sebelah masjid tapi kebun dia agak semak dan orang lalu lalang memang agak jarang. Bulan puasa je, kebun rambutan dia menjadi jadi..nak kata semua pokok berbuah...bila balik dari sekolah petang, aku dan member aku akan singgah sebentar sambil memanjat pokok rambutan yang rendang dengan dominasi warna merah menyeliputi keseluruhan kebun.....masak ranum...Bila tiba je Ramadhan kali ini aku ingat nak minta maaf kat Ustaz tu sebab ambil makan buah dia tak minta izin ,,biasa lah nakal...! tapi baru ni emak aku cakap ustaz tu baru je meninggal dunia akibat stroke seminggu sebelum Ramadhan...Aku harap dia halalkan lah beberapa ulas rambutan yang aku telan....AL - Fatihah untuk Ustaz Zabidi, Imam Masjid.

Tuesday, August 25, 2009

RAMADHAN dan AIR TEBU

Bila Ramadhan tak kena air tebu memang tak sah...

Bila tiba Ramadhan aku akan teringat air tebu, dan air tebu lah paling feveret masa berbuka puasa, masa tulis artikel ni pun dah meleleh air liur ...

Bulan puasa je aku akan teringat 2 kesah masa tu aku dalam lingkungan sekolah rendah, kecik dan sentiasa comel..haha

satu pasal air tebu satu lagi pasal rambutan, kali ni aku cerita pasal air tebu..

Aku jarang berbuka di masjid, sebab lebih suka berbuka di rumah, semua benda ada, sampai perut dah tak leh nak telan lah..esoknya kawan kawan aku ajak berbuka di masjid..

awal lagi kami sampai di perkarangan masjid dengan berjalan kaki sambil bawa obor yang diperbuat daripada buluh. Zaman tu lampu jalan takde lagi, jalan raya pun belum berturap..

azan maghrib berkumandang, tandanya dah boleh berbuka...aku dan kawan kawan apa lagi terus ke dewan makan di belakang masjid, tok imam dan jemaah lain akan minum dan menunaikan solat maghrib, kami anak - anak ni apa lagi bantai makan lah...

Tetiba aku terpandang satu jar besar air tebu dengan ketulan ais batu, wow..aku pun apa lagi terus tuangkan dalam cawan aku..dekat berapa cawan aku teguk...

habis je selepas solat maghrib tok imam dan jemaah lain pun nak berbuka lah..baru aku sedar yang air tebu tu, tok imam yang punya..dah separuh dah tok..maaf je lah...muka dia agak frust...

moral bertanya dulu siapa yang punya air tebu tu...hehe

Thursday, August 20, 2009

Membersih sebuah Palitan Kenangan



Sebuah gitar yang penuh palitan kenangan.....



Telah aku hapuskan semua kenangan itu...dengan airbrush gambar The cure BOYS DONT CRY







Gitar ini sebuah gitar yang penuh kenangan, aku perolehinya ketika aku di U. aku tukar dengan handphone nokia 3210sen. Dengan gitar inilah aku, memcorakan musik band unknown aku iaitu YAWNING BIRDS..dan amat bermakna lagi ia sebuah gitar milik seorang sahabat yang telah pergi...dan aku cuba membersihkan gitar ini daripada kenangan - kenangan lama.....

Monday, July 27, 2009

Helmet The Cure .. NOT FOR SALE!!

Helmet The Cure ...NOT FOR SALE

Helmet ini aku buat sempena Bengkel Air Brush Helmet - 1Malaysia yang dianjurkan oleh BSLN dengan tenaga Pengajar- En Tony..

Rekaan helmet ni aku ambil daripada rekaan gitar Porl Thompson, The Cure..haha bergaya lah dengan helmet baru...walaupun masih mentah untuk menguasai airbrush..namun helmet ini kira buktilah aku pernah pegang airbrush..HEHE



En Tony sedang me'leka'kan helmet aku..



Rekaan Gitar Porl Thompson, The Cure

Saksikan Helmet The Cure..




Wednesday, July 08, 2009

MESEJ UNTUK RAKYAT





Ini sebahagian daripada intuisi para - para pencinta keamanan. Mesej - mesej untuk rakyat ini tentang isu peperangan di Iraq, Palestin, Sudan dan Afghan terus di perdebatkan di arena antarabangsa. pencapaiannya masih begitu, serupa, sama sahaja. kemungkinan street art ini di buat ketika isu perang menjadi isu semasa di akhbar..sebab melihat pada warna masih baik dan tiada kelunturan warna di kesan.

Street art ini aku jumpa di seksyen 2, shah alam. mungkin aku lambat untuk mengatakan tentang nya..tapi sekadar berkongsi cerita. mungkin ada reseacher tentang street art Malaysia..ne tau penulisan yang kerdil ini bisa membantu.

Imajan potret - potret figura dengan riak wajah seperti zombie bersama simbol cinta di dada mungkin melaungkan rasa kasihan, simpati.

Di bawahnya, pergerakan seekor tikus seperti bergerak dari kiri ke kanan tanpa tujuan bergerak laju, berhenti, seperti tertakutkan sesuatu. mungkin intepretasi tentang kehilangan punca, tersepit, atau mangsa keadaan.

Mungkin ini lah mewakili suara kami.

Tuesday, June 02, 2009

BINATANG APAKAH YANG PALING PANTAS DI DUNIA?


Ini kot jawapan bagi soalan diatas..sila respon, YA atau TIDAK, Berikan alasan anda terima kasih
Related Posts with Thumbnails